Penghargaan & Dedikasi

PENGHARGAAN
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dengan ini saya Nurul Shuhada Bt Mohd Ariff (18DGT13F2034) siswi Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis yang mengikuti kursus Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Permainan) telah berjaya menamatkan sesi Latihan Industri di Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Putrajaya selama satu semester.
Di kesempatan ini, pelatih ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada seluruh kakitangan Jabatan Penerbangan Awam (DCA)  terutamanya kepada En........ selaku penyelaras pelajar praktikal kerana sudi menerima pelatih untuk menjalani latihan industri di Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
Ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada Pn ........... selaku ketua bahagian pelatih ketika menjalani latihan industri di Jabatan Penerbangan Awam (DCA). Tidak dilupakan juga kepada seluruh kakitangan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) yang telah banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan dan berkongsi ilmu mengenai selok belok kerja dan tugas yang harus pelatih lakukan sepanjang pelatih menjalani latihan industri di Jabatan tersebut. Tanpa bantuan mereka sudah pasti pelatih tidak dapat menjalani latihan industri ini dengan jayanya seperti ini. Di samping itu, tidak dilupakan juga kepada kesemua kakitangan Jabatan Penerbangan Awam (DCA)Tanpa kalian sudah tentu pelatih tidak dapat menyediakan laporan bertaip latihan industri ini. 
Selain itu, pelatih juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Politeknik terutamanya kepada para pensyarah di Unit Perhubungan Dan Latihan Industri kerana telah memberi kelonggaran kepada pelatih untuk mencari sendiri tempat untuk melakukan latihan industri.  Begitu juga dengan nasihat dan tunjuk ajar dengan mengadakan sesi taklimat untuk menjalani Latihan Industri dan kaedah penyediaan untuk menyiapkan sebuah buku laporan Latihan Industri yang lengkap dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.  
Sekalung budi ditujukan kepada semua pensyarah di Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis khususnya kepada pensyarah yang mengajar modul ......... latihan industri saya iaitu Pn.......... kerana telah banyak memberikan sokongan, bantuan, semangat dan nasihat kepada saya dan rakan-rakan sekelas sebelum kami menjalani latihan industri. Tidak lupa juga kepada semua pegawai latihan industri kerana telah menguruskan tempat latihan kami. Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat yang membantu saya sehingga terhasilnya buku laporan ini. Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya.
DEDIKASI
“Untuk ayah, tercinta serta keluarga yang di sayangi, warga kerja Jabatan Penerbangan Awam (DCA) serta semua , rakan-rakan seperjuangan di  Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis, serta saudara-mara terdekat yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan sepenuhnya.”
Pelatih juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah di Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi terutama pensyarah program Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Maklumat) yang telah membantu dalam penulisan laporan ini dan di atas segala ilmu yang telah dikongsi bersama.
“JASAMU DIKENANG”