Bab 5 : Dapatan & Cadangan



Terima kasih saya ucapkan kepada pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) kerana telah memberi peluang untuk saya menjalani Latihan Industri di Jabatan tersebut. Sepanjang saya menjalani Latihan Industri di Jabatan ini banyak maklumat dan pengetahuan yang saya perolehi.
Walaupun begitu, masih ada kekurangan yang perlu diperbaiki agar program ini lebih berkesan. Setelah menjalani program Latihan Industri ini ingin saya mengemukakan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan bagi kebaikan bersama, sekiranya cadangan dan saranan yang saya kemukakan ini bercanggah dengan pendapat jabatan, saya ingin memohon maaf.

Antara cadangan dan saranan ini adalah:-
  • Sentiasa memantau dan mengikuti perkembangan yang sedang menjalani program Latihan Industri
.
  •  Lebih mendedahkan pelajar dengan pelbagai kerja agar pelajar dapat mempraktikan segala ilmu yang dipelajari serta pengalaman yang sedia ada.