Selama satu semester menjalani
Latihan Industri, banyak pengalaman, pengetahuan dan pendedahan yang berguna
telah saya perolehi. Segala pendedahan yang diperolehi telah menyedarkan diri
saya dalam meningkatkan keyakinan diri bagi menghadapi kehidupan yang kian
mencabar sekarang. Praktikal adalah pelengkap kepada ilmu atau teori yang
dipelajari. Ini jelas dengan konsep ilmu dan amal, di mana ilmu yang
dipelajari tanpa mengamalkannya akan hilang dan tidak akan memberi apa - apa
kesan. Begitulah jika kita beramal tanpa ilmu sudah tentu akan wujud masalah
dari segi pegangan dan pendirian yang sentiasa berubah - ubah.
Sepanjang saya menjalani latihan industri, terdapat
banyak perubahan daripada sudut pembelajaran, persekitaran dan pergaulan sesama
rakan sekerja. Ia secara langsung dapat meningkatkan dedikasi dan
bersikap rasional terhadap diri saya sendiri.
Walaubagaimanapun masih wujud beberapa kelemahan yang
dapat diperbaiki pada masa hadapan. Oleh itu dapat saya simpulkan bahawa
program latihan industri banyak memberi manfaat kepada para pelajar walaupun
terdapat kelemahan kecil yang sedikit sebanyak mencacatkan keadaan, supaya
kelemahan ini dapat di perbaiki pada masa hadapan.
Kesimpulan yang saya dapat melalui latihan industri ini
ialah saya menerima banyak pendedahan dalam dunia perkomputeran ini. Saya
merakamkan jutaan terima kasih kepada juga pihak Politeknik Tuanku Syed
Sirajuddin, Perlis yang memberi peluang kepada pelajar - pelajarnya mencari
pengalaman sendiri dengan mengadakan Latihan Industri.